Bencana Alam di Bukit Mewah (Bukit Antarabangsa)

cimg2469

cimg24061

cimg2428cimg2438

cimg2470

cimg241460379410ad4aaaaaatd2ppppphq1xxmo51111xz7qqqqld0rumahmusnah4db4rumahmusnahnewnewtf8vvvzf5vvvvvvjq7tanahnew4wy811111111111111111pl411111111111111111111111ax2

cimg2437

cimg2461

suasana

cimg2435

“SESUNGGUHNYA…ALLAH LAH  PENCIPTA TANAH DAN YANG SEGALA ISI BUMI”

PERGERAKAN TANAH ITU ADALAH ARAHAN ALLAH. KENAPA ALLAH ARAHKAN PERGERAKAN TANAH ITU? YANG PASTI ALLAH MEMBERITAHU DIALAH YANG MAHA BERKUASA DAN INGIN KITA SENTIASA MUHASABAH DIRI

Advertisements

5 Perisian Perlu Ada Untuk Computer


Oleh katok

 Di sini saya nak kongsikan beberapa perisian yang bagus dan saya rasakan perlu ada untuk setiap komputer kita.

Ia berdasarkan dari pengalaman saya sendiri dan setiap produk yg saya rekemen ni semuanya dah di test berkesan dan tiada sebarang masalah pada PC windows XP (Saya tak guna Vista, tapi saya percaya juga takde masalah pada Vista)

All download links is not provided by me. It was found on the net. So credit goes to the rightful owners. :p~

1. Tuneup Utilities 2009

Kegunaan:

  • Check dan perbetulkan kerosakan pada sistem windows
  • Menyusun dan memperbetulkan file-file registry
  • On/Off startup program yg tak diperlulkan bagi melajukankomputer
  • Memaximumkan samada paparan windows atau kelajuan komputer dengan proses tweak yang paling sesuai untuk komputer anda
  • mempunyai fungsi “1 click maintainance” yg sangat sesuai untuk orang yg ‘tak berapa pandai’ dalam bab-bab komputer. Sekali click, fix semua
  • dan berbagai lagi


http://rapidshare.com/files/169718379/TuneUp_UtiIities_2oo9.zip

2. PowerISO 4.3Kegunaan:

  • Membaca semua jenis ‘image files’ seperti ISO, BIN, DAA, BIN, dan berbagai lagi. Kebiasaannya bila mendownload perisian ataupun games kini kebanyakannya dalam format ISO untuk pengguna burn kedalam CD kosong. Dengan perisian ni, tak perlu lagi nak burn dalam CD. boleh terus extrack dalam PC atau load saja dalam virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
  • Ada fungsi untuk create virtual Drive (boleh create virtual CDROM untuk load file-file ISO ni tadi so e.g: umpama macam ada 5,6 CDROM yang mana dalam setiap CDROM tu ada CD games atau perisian)
  • Perisianyang kecil dan sangat ringan.
  • User friendly.


http://rapidshare.com/files/169719829/PowerIS0_4.3.zip

3. Kamus Rujukan 2006 (portable)Kegunaan:

  • Kamus Melayu – Melayu
  • Kamus Inggeris – Melayu
  • Kamus Inggeris – Inggeris
  • Kamus istilah Matematik dan Sains dalam English ke Melayu (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)
  • Kamus istilah Matematik dan Sains dalam Melayu ke English (Sangat diperlukan oleh pelajar kini)
  • Simpulan bahasa
  • Perbandingan
  • dan berbagai lagi.
  • Ianya portable (run dari thumbdrive pun boleh tanpa perlu install)


http://rapidshare.com/files/169721030/Kamus_Rujukan_2006.zip
4. Java Runtime Environment Latest Version 6 built 10 for Windows 32 bitKenapa perlukan Java?

Samada anda tahu atau tidak apa itu Java atau bagaimana java berfungsi, percayalah bahawa ianya penting untuk komputer anda. hanya perlu install. kerana dalam tidak anda sedari ia akan memudahkan proses perlaksanaan aplikasi-aplikasi yang memerlukan Java terutama dalam architecture sesebuah paparan website.

Teknology Java membuatkan computer environment anda lebih selamat. Antara nama-nama lainnya ialah Java software for your computer, or the Java Runtime Environment, is also referred to as the Java Runtime, Runtime Environment, Runtime, JRE, Java Virtual Machine, Virtual Machine, Java VM, JVM, VM, or Java download.


http://rapidshare.com/files/169766110/JRE_610_win_32_bit.zip
5. Full Latest Mega Codec Packs dengan Media Player (December 2008)Kenapa perlukan codecs pack?

Biasa tak dengar soalan-soalan begini:

  • Komputer I tak boleh bukak la video tu.
  • File lagu ni tak boleh baca la… ada error bila bukak
  • PC aku takleh baca la file video ni. kat PC kawan aku boleh pulak!
  • dan yang seangkatan dengannya.

Bukan sebab PC orang lain canggih atau komputer anda dah lama. Tetapi sebenarnya masalah codec bagi file tersebut tiada dalam sistem computer anda. Codec ni dalam bahasa mudah, merupakan file sistem untuk membolehkan perisian mengenali dan membaca sesuatu file tersebut seperti mp3, avi, mpeg, divx, xvid, 3gp, mp4 dan sebagainya. kalau ada masalah  video file takleh bukak kat PC korang, install ni jer terus settle. Ini merupakan perisian yg wajib ada dalam PC aku sendiri.


http://rapidshare.com/files/169767805/klcodec434f.zip

Artikel asal: http://eddie.bumicyber.org/index.php/Downloads/5-Perisian-Perlu-Ada-Untuk-Computer.html

Perkhidmatan Produk MUSLIM.

Assalamualaikum.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengedarkan beberapa produk Muslim yang                  dijamin HALAL 100%. Saya berharap anda semua sanggup membantu mereka sebagai pengguna setia produk mereka. Saya cuma menjadi pengantara sahaja supaya produk mereka mudah diperolehi. sekiranya berminat boleh lah menghubungi saya di talian  0199513917( Ust Khofiz)

Produk 1.

Sardin Pertima dalam kuah tomato buatan orang muslim sepenuhnya. Segera dan mudah disediakan.

Harga : RM 4.00 (Besar) RM 2.30 (Kecil)

Saya juga menyediakanan khidmat jualan air zam-zam . Satu botol berisi 10 liter. penhantaran terhad di kawasan KL dan Selangor sahaja. Harga RM 110.00. kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya untuk pesanan. Air zam-zam akan di hantar terus ke rumah anda. InsyaAllah

Pengesahan jakim status Halal pada beberapa Produk dan Restoran

Restoran

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
1)McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2)Kam Lun Tai
3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2)Chicken Rice shop
3)Kiwi Express

Minuman ringan
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kueh Bulan
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

Ayam
Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Pewarna rambut
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada:
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda..
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??
Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di Malaysia sahaja. Wassalam

Produk Makanan Kesihatan
Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Restoran Dome
Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini..

Foodcourt Suria KLCC
Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

Baker’s Cottage
Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectionery, dsb
King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Kedai Bread Talk & Bread Story
Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Restoran Burger King
Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Sausage ayam, fish ball, dsb
Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

Coffee Bean
Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT SEKIRANYA ANDA SEBAR2KAN MAKLUMAT INI.


Rezeki Jadi Luas kalau

Assalamualaikum w.b.t sahabat

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk       kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘ Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.”

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa???.

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT INI ADALAH BENAR

1. Jika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan cancer). Timun pula adalah anti-karsinogen

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!.
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi itu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore”.

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran
bodyshop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal
Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.

Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Nilai Tuhan Dalam Beramal

“Sebuah keluarga mempunyai dua orang anak. Satu hari, si ayah memanggil kedua-dua anaknya,

“hari ni, ayah nak kamu berdua basuh kereta ayah. Nanti kalau dah siap, kamu datang jumpa ayah, ayah bagi upah”

Maka kedua-dua anaknya ini, terus melakukan kerja seperti yang disuruh. Sesudah usai kerja yang dijalankan, anak kedua datang kepada ayahnya,

“abah, kerja dah siap”  sambil tangannya dihulurkan sebagai tanda mahukan upah seperti yang dijanji.

Ayahnya terus mengotakan seperti yang dijanjinya, tetapi dalam hatinya terasa sedikit janggal kerana anak pertamanya tidak hadir bersama. Terus dicari anaknya di bilik tidurnya, didapati anaknya sedang membaca. Si ayah mengambil tempat duduk di sisi anaknya,

“along, kenapa tak pergi kat abah tadi lepas siap basuh kereta? “

“erm.. along buat kerja tu bukan sebab nak upah sangat , tapi sebab abah yang suruh “

Dan kita, yang punyai perasaan dan akal, cuba kita fikir, fikir dengan emosi perasaan emosi, jika kita berada di tempat ayah anak tersebut. Antara kedua-dua anak itu, yang manakah yang akan lebih kita sayangi? ” soal saya ketika membawa usrah mingguan kami, bersahaja untuk cuba berada di satu situasi yang akan dijalani pada suatu hari nanti insyaallah.

Memikir… tik tik tik, bunyi jam dinding terus berlalu.

“anak pertama rasanya.” seorang dari kami menjawab diikuti anggukan yang lain.

“Kenapa?’

” Sebab anak pertama tu, dia buat kerana ayahnya itu, adalah ayahnya. Buat semata-mata kerana ayahnya, mungkin sebab anaknya itu merasa sudah terlalu banyak yang diberikan ayahnya itu padanya, dan dia rasa berlaloi untuk buat semata-mata ayahnya. “

Masing-masing dari kami mengangguk. Tanda bersetuju.

DImana Nilai Beramal

” Kemudian, jika kita semua sudah bersetuju untuk cerita tadi, cuba kita refleksi semula diri kita, kita sekadar buat perumpamaan, Jika Allah tak jadikan syurga dan neraka , adakah kita mahu beramal? “

Kami masing-masing memikirkan.

Nabi Muhammad dan para sahabat merupakan contoh terbaik bagi perkara ini. Apa yang dilakukan , hanyalah kerana cinta dan untuk menggapai keredaan Allah.

Abdurrahman bin Auf, ketika dikhabarkan bahawa beliau merupakan salah seorang yang sudah dijamin akan berada di dalam syurga Allah, tetapi , perbuatanya selepas itu, amalannya, sedeqahnya semakin berlipat ganda. Jika seseorang yang berbuat kerja hanya untuk mendapat ganjaran, tetapi mengapakan Abdurrahman bin Auf ini, masih terus melipat gandakan amal?

Sepatutnya, jika sudah dijamin, maka , berhenti sahajalah dari terus beramal.

Hanya mengekalkan apa yang sepatutnya.

Bahkan tidak, sahabat nabi ini terus menerus beramal sehinggalah beliau diambil nyawa oleh Allah.

Itulah sahabat nabi, bintang yang menjadi panduan kita dalam beramal.

Dan paling penting, adalah bagaimana nabi Muhammad sendiri, yang pada dirinya, penuh dengan contoh ikutan terbaik, dari segi contoh seorang suami, contoh seorang ayah, seorang mertua, seorang panglima perang, seorang ketua negara. Contoh terbaik bagi kita untuk mengikuti.

Satu cerita, dari Aisyah, ketika mana melihat Nabi begitu tekun beribadah, sedangkan Nabi Muhammad sudah dijamin dosanya yang lalu diampunkan bahkan yang akan datang. Tempatnya sudah dijamin Allah, di sebaik-baik tempat di sisiNya.

Apakah jawapan nabi bila ditanyakan tentang hal ini?

“apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur?”

Itulah ikutan kita dari Nabi terinta. Allah tempat tuju kita. Pusat kecintaan kita, yang sepatutnya kita mencontohi sifat ini. Bersyukur kerana Allah memberikan segalanya pada kita.

Paling mudah, sistem pemakanan dan pengedaran hasil pencernaan badan kita. Apa yang kita kawal hanyalah makanan yang masuk ke dalam perut kita, tetapi adakah kita yang mengawal rembesan jus gastrik ketika makanan itu masuk ke dalam perut, ketika mana masuk ke dalam duodenum pula, adakah kita yang mengawal pengeluaran jus pancreas untuk pencernaan yang selanjutnya?

Kemudian, adakah kita mengawal pengedaran hasil cernaan ini ke seluruh badan?

Jika kita yang mengawal semua ini, pasti kita takkan boleh untuk membuat kerja lain. Setuju?

Tetapi, apa yang kita buat, hanyalah makan sahaja ketika perlu, yang lainnya sudah diaturkan oleh Allah untuk kita. Kasih Allah pada kita lebih dari kasih ibu kita pada kita.

Jadi disini, kita perlu untuk melihat semula diri kita, dimana kita dalam beramal.

Dimana Allah dalam setiap perbuatan kita?

Dan cari suatu sebab untuk kita beramal. Jika kita buat hanya kerana cintakan Allah, kasihkan Allah, insyaallah, kita akan berjaya istiqamah dalam setiap amal perbuatan kita. Inilah nilaian amal yang paling bernilai.

Terakhirnya, carilah dari banyak-banyak ibadah khusus, atau apa sahaja ibadah, dan cuba amalkannya sehingga ianya menjadi darah daging kita, kemudian barulah menambah amal yang lain. Cinta tidak boleh dipaksa, ianya datang dari hati. Cubalah, insyaallah, kita akan menemui sesuatu yang sangat mengasyikkan. ” saya mengakhiri pembentangan saya pada hari itu.

Raya Puasa Atau Raya Haji?

Salam Aidil Adha,

Baru-baru ini aku ikuti ceramah seorang ustaz penceramah bebas yang menceritakan mengenai perihal orang Islam Malaysia yang merayakan aidil Fitri sehingga terlajak bulan Zulkaedah tetapi bila Raya Aidil Adha ada yang tidak merayakan seolah-olah tiada kaitan dgnnya. Cuti duduk rumah seperti perayaan bukan Islam. Yang lebih teruk sikap ini seolah-olah seumpama menyamakan perayaan Aidil Adha dgn perayaan lain. Kalau Aidil Fitri lagu raya hujung bulan Syaaban dah kedengaran. Ucapan raya Aidil Fitri dah kedengaran sejak awal Ramadhan lagi. Lagi dua minggu dah tinggalkan solat tarawikh dan berhabis-habisan wang demi merayakan Aidil Fitri. Tetapi bila Aidil Adha sangat berlainan sikap orang Islam. Dah la tak nak berkorban , semangat merayakannya pun tiada.
Beliau menyatakan hariraya Aidil Adha adalah Aidil Akhbar. Sekiranya syawal , bertakbir makruh selepas solat raya manakala Aidil Adha disunatkan takbir selama 3 hari. Rata-rata mengatakan Hari Raya Aidil Adha untuk orang yang pegi Haji sahaja. Kalau beginilah sikap orang Islam terhadap Aidil Adha maka tak mustahil lah ia akan menjadi satu perayaan yang bakal tidak dihormati oleh orang Islam sendiri.

Atas kesedaran itu lah maka, aku hantar korang e- kad raya Aidil Adha ini!!!! Sekurang-kurang mengingatkan bahawa ada satu perayaan yang istimewa buat kita dlm masa 1 minggu lagi. Semoga sume amik iktibar termasuk diri ku sendiri.

Pengarang mengUcapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda sume. Sekiranya ada kelebihan maka hendaklah kita berkorban di Jalan NYA. Moga-moga tuan/puan dicucuri rahmat dan keberkatan atas pengorbanan tuan/puan.

Marhaban Zulhijjah

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
Maksudnya : HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu .”

Salam Zulhijjah buat sahabat-sahabat yang Ana hormati. Rasanya dah lama jari Ana tidak menekan-nekan keyboard laptop ni. Kesibukan harian serta kesihatan yang tidak mengizinkan membuatkan Ana terpaksa mengambil peluang secukupnya dahulu untuk berehat. Inilah Sunnatullah..sihat lawannya sakit, hidup lawannya mati…Allahuakbar..

Rupa-rupanya, sedar tak sedar Zulqaedah telah meninggalkan kita. Tibalah Zulhijjah pula mengambil tempatnya. Subhanallah..betapa pantasnya masa berlalu..Ana sendiri menyambut Zulhijjah yang juga bulan kelahiran Ana kali ini dengan demam yang agak kuat. Sewaktu Ana menaip artikel ini, Ana sedang demam.

Pun begitu, Ana gagahi juga untuk meneruskan kuliah mingguan..gagahkan jugak kaki ni untuk memijak anak tangga masjid. Dan bila tangan mula pegang mic, melihat jemaah-jemaah yang hadir, kuat kembali hati ni. Demam pun dapat diubati dengan penyembuhan jiwa..

Benarlah kata para Ulama Tasauf bahawa kesihatan hati pasti membawa kepada sihatnya fizikal…Allahuakbar..

Sahabat-sahabat sekalian..

Sebenarnya setiap kali Zulhijjah bertamu, ia mengingatkan kita terhadap perhimpunan agung di Tanah Haram. Berjuta-juta manusia dari seluruh pelusuk dunia datang melaungkan Talbiah memuji Allah SWT dan mengagungkan zatNya Yang Maha Sempurna. Mengiringi Talbiah yang diucapkan dengan penuh keinsafan terhadap maksud kalimat-kalimah pujian tersebut.

Sedaya yang mampu ditunaikan rukun Islam yang kelima itu. Dengan kesabaran, kecekalan dan segenap tujuan yang dihimpunkan di dalam dada hanyaah padaNya semata. Berdoalah kita agar mereka yang sedang menjadi tetamu Allah SWT, selamat sejahtera serta diterima ibadat mereka oleh Allah Yang Maha Pengampun lagi Penyayang. Amin..Allahuakbar…

Sebenarnya..Haji merupakan perhimpunan yang tersurat bagi makna terhadap adanya satu perhimpunan yang tersirat iaitu Masyar..

Sebagaimana Haji merupakan perhimpunan yang bertujuan untuk menyahut seruan Allah sebagai tetamuNya di negeri tanah kelahiran junjungan kita Baginda SAW, begitu juga dengan Masyar Allah. Sekali lagi kita dihimpunkan. Tetapi kali ini dengan lebih ramai. Bukan sahaja Muslimin, bahkan Kafirin, Musyrikin. Bukan sahaja manusia, bahkan segala jenis dan bentuk makhluk Allah SWT. Bukan sahaja ummat ini, bahkan ummat-ummat terdahulu..Semuanya dikumpulkan untuk menyaksikan apa yang telah kita laksanakan. Allahuakbar…

Semuanya tersirat di sebalik Zulhijjah, salah satu bulan haram di antara 4 bulan haram di dalam Islam.

Allah SWT telah menegaskan tentang bulan-bulan haram ini sebagaimana FirmanNya :

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram…” (At Taubah:36)

Di dalam Tafsir Al-Jalalain menyebut bahawa yang dimaksudkan firman Allah : “diantaranya empat bulan haram ..”itu ialah “Empat bulan Haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.” Inilah yang telah disepakati oleh Ulama’ dan umat Islam diharamkan berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Di dalam bulan ini juga terdapatnya ibadat Haji dan hari Arafah. Selain dari ibadat Haji, pada hari Arafah pula disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji untuk melakukan ibadat puasa. Rasulullah SAW juga menggalakkan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’.

Ibnu Jarir At-Thabari telah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas Radhiallahu A’nhu terhadap pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini dengan katanya :

“Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.” (Tafsir ath Thabari)

Ibnu Katsir mengatakan,:

“Bulan-bulan yang diharamkan (disucikan) itu hanya ada empat. Tiga bulan secara berururtan dan satu bulannya berdiri sendiri (tidak berurutan) lantaran adanya manasik Haji dan Umrah. Maka , ada satu bulan yang telah diharamkan (disucikan) yang letaknya sebelum bulan-bulan Haji, yaitu bulan Dzulqa’dah, karena ketika itu mereka menahan diri dari perang. Sedangkan bulan Dzulhijah diharamkan(disucikan) karena pada bulan ini mereka pergi menunaikan ibadah Haji, dan pada bulan ini mereka menyibukkan diri dengan berbagai ritual manasik Haji. sebulan setelahnya, yaitu bulan Muharram juga disucikan karena pada bulan ini mereka kembali dari Haji ke negeri asal mereka dengan aman dan damai. Adapun bulan Rajab yang terletak di tengah-tengah tahun diharamkan (disucikan) karena orang yang berada di pelosok Jazirah Arabia berziarah ke Baitul Haram. Mereka datang berkunjung ke Baitul Haram dan kembali ke negeri mereka dengan keadaan aman.” (Tafsir Ibni Katsir)

Namun begitu, sekiranya kita menyelusuri sejarah dan Sirah, sebenarnya pada bulan Zulhijjah ini pernah berlaku peperangan yang dikenali sebagai peperangan Sawiq. (Tepung)

Peperangan ini berlaku akibat dendam kesumat Musyrikin Makkah yang diketuai oleh Abu Sufiyan akibat kekalahan mereka di dalam peperangan Badar yang berlaku kira-kira 2 bulan sebelum peperangan Sawiq ini.

Kekalahan dan tertewasnya pemuka-pemuka Musyrikin Quraish Makkah dalam peperangan Badar yang lalu, menyemarakkan kesumat Abu Sufiyan sehingga menyebabkan Abu Sufiyan bersiap sedia bersama 200 orang berkenderaan telah bergerak menuju Madinah, bandar Rasulullah SAW untuk melaksanakan api dendamnya.

Ana memetik apa yang disebut di dalam kitab الر حيق المخثوم : السيرة النبوية (oleh Syeikh Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri ) menyatakan apabila rombongan Abu Sufiyan ini telah sampai di satu kawasan bernama Sadr Qanah iaitu satu laluan yang menuju ke sebuah bukit bernama Nabib yang berdekatan dengan kota suci Madinah, rombongannya itu telah berhenti di situ.

Abu Sufiyan telah merancang strategi untuk menyerang Madinah dengan cara sembunyi kerana pada fikirannya menyerang Madinah secara terbuka umpama menempah maut. Apatah lagi mengingatkan kekalahan dan kehinaan yang telah menimpa mereka ketika tewas di tangan Rasulullah SAW dan Muslimin di dalam peperangan Badar yang lalu.

Melalui strateginya itu, Abu Sufiyan telah menyelusup masuk ke pinggir-pinggir Madinah pada waktu malam secara sembunyi dan berusaha untuk mendapatkan rahsia dan maklumat dari golongan Munafiqin.

Dan ianya berhasil apabila Sallam bin Mishkam iaitu ketua Bani Al-Nadir bersetuju untuk memberi maklumat. Maka berlansunglah perbincangan mereka disaksikan Allah SWT di malam yang gelita itu.

Setelah mendapat maklumat yang secukupnya dari Sallam bin Mishkam, Abu Sufiyan telah mengutus satu kumpulan kecil untuk menyerang satu kawasan di pinggir Madinah Al-Munawwarah yang dikenali sebagai Al-A’rid. Di situ, mereka telah memotong dan membakar pagar-pagar kebun kurma serta membunuh 2 orang penduduk yang terdiri dari kaum Ansar dan sekutunya.

Apabila berita pembunuhan itu sampai kepada Rasulullah SAW, dengan segera Baginda mengejar Abu Sufiyan yang mula melarikan diri setelah dapat menghidu pemburuan Rasulullah SAW terhadapnya. Ketika melarikan diri itu, Abu Sufiyan telah membuang Sawiq (tepung) serta bekalan-bekalan lain semata-mata untuk meringankan bebanan mereka agar pantas dapat meninggalkan Madinah.

Sungguhpun Baginda dan tentera Muslimin telah mengejar mereka sehingga ke Qarqarah Al-Kudr, namun mereka berjaya meloloskan diri setelah melakukan operasi pembunuhan dan kekacauan terhadap penduduk Ansar.

Jika kita menyelusuri Sirah melalui peperangan Sawiq ini, dapat kita fahami bahawa kaum Musyrikin Makkah sebenarnya merasa begitu terhina akibat kekalahan mereka di dalam peperangan Badar yang lalu. Sehinggakan mereka tidak dapat tidur lena dan telah mengucapkan kata-kata nazar yang aneh sebagai bukti kesumat mereka yang tidak pernah terpadam selagi Rasulullah SAW tidak dibunuh.

Abu Sufiyan sendiri pernah menyatakan dalam nazarnya :

” Sesungguhnya aku tidak akan sekali-kali membasahkan kepalaku jika berjunub selagi belum dapat membunuh Muhammad “

Bahkan isterinya Hindun binti U’tbah sendiri ketika menzahirkan kebenciaannya kepada Baginda pernah mencadangkan agar Maqam Bonda Rasulullah SAW digali dan mayatnya dihina.

Ini dinyatakan oleh Hindun kepada Musyrikin Makkah ketika tentera Musyrikin ini sampai di Abwa’ iaitu tempat pengkebumian Bonda Baginda SAW ketika perjalanan mereka untuk memerangi Rasulullah SAW di dalam peperangan Uhud.

Namun cadangan ini ditolak kerana pimpinan Quraish kerana bimbang terhadap risiko buruk yang bakal mereka hadapi sekiranya cadangan Hindun Binti U’tbah dilaksanakan.

Betapa buruknya dendam kesumat mereka. Sehinggakan sanggup melaksanakan kebenciaan dan api dendam mereka terhadap Rasulullah SAW walaupun terhadap mayat.

Teringat Ana akan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, di mana ketika Rasulullah SAW mengesat darah yang mengalir dari kepala Baginda akibat terkena panahan musuh dan mengakibatkan 2 manik dari baju besi Baginda tertusuk ke dalam pipinya yang mulia dan patahlah gigi seri Baginda, bersabda Baginda :

” Sesungguhnya Allah sangat murka kepada kaum yang telah mendarahi wajah RasulNya. “

Kemudian Baginda terdiam sebentar lantas berdoa :

” Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” ( Sahih Muslim :Bab Ghazwah Uhud )

Subhanallah..betapa pemaafnya Baginda SAW terhadap Musyrikin walaupun mereka tidak putus-putus menyakiti Baginda.

Mudah-mudahan Zulhijjah ini menambahkan kecintaan kita kepada Baginda SAW lebih-lebih lagi bagi mereka yang dijemput Allah sebagai tetamuNya tahun ini.

Perbanyakkanlah kita mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW agar Zulhijjah yang datang ini dapat menjernihkan hati dan fikiran sesuai dengan semangat bulan haram yang disucikan dalam erti kata yang sebenarnya. Labbaikallahh…

Hikmah Dalam Nasihat (Kebijaksaan Dalam Menegur)

“Ahmad , aku tak puas hati dengan kau” seru Amir dengan wajah yang tidak menyenangkan.

“Erk…kenapa?” Ahmad terasa diri mempunyai seribu masalah, seribu kesalahan yang telah dibuat yang terasa tidak mungkin dimaafkan.

“ye la, kau ni suka simpan sampah. Buat kerja terkadang tak pernah nak habiskan. Pinggan suka bertangguh basuh. Lain kali, habiskan je la kerja-kerja tu. Bukan susah pun” Amir menyuarakan pandangannya, dengan wajah kecewa dengan sikap kawannya itu.

Ahmad pula, terasa seperti sebuah batu besar telah menimpanya, ia merasakan bahawa selama ini, dia sentiasa membuat kesalahan yang sama, tanpa mengambil kira perasaan orang yang terlibat.

“aduh sungguh aku ni kejam, penting diri sendiri..” rungut Ahmad dalam hati. Dia terus menghentikan bacaannya, terasa tawar buku yang sedang dibacanya itu.

——Cerita lain——-——Cerita lain——-——Cerita lain——-

“Ahmad, kamu free ke? ” lembut suara Amir bertanyakan situasi kawannya.

‘Hmm..boleh juga, tak buat apa-apa sangat ni, sekadar membaca sket-sket untuk kelas esok. Kenapa ye? Macam ada benda je ni? ‘ Ahmad menunjukkan minat terhadap soalan yang diutarakan kawannya itu. Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

“Ala, takde apa sebenarnya. Sekadar nak berkongsi pendapat aku. Cuma nak bertanya kamu, selama kamu berkawan dengan aku, adakah kesalahan-kesalahan yang membuatkan di mata kamu rasa benda itu tidak baik? ” Jujur pertanyaan Amir pada kawannya itu.

“Erm..setakat ni, bagi aku takde rasanya. Biasa je. Apa yang kamu buat sekarang, rasanya teruskan sahaja. Kenapa tanya macam tu?…”

‘Takde, saja je nak tanya. Sebab kamu selalu dengan aku. Mungkin ada di mata kamu aku tersilap, tapi aku tidak sedar. Jadi, lebih elok aku bertanya. Mungkin boleh diperbaiki silap aku itu ‘ Amir jujur dengan jawapannya.

“ooo, macam tu. ermm, aku pulak macam mana?..ada ke yang kamu rasa macam aku buat silap yang tidak sedar, membuatkan kamu berkecil hati atau apa-apa sahaja?” Ahmad pula ingin mengetahui keadaannya dirinya dari kaca mata kawannya itu.

“Kamu baik. Rasanya cukup sempurna, tapi mungkin ada dua tiga benda yang kamu perlu baiki agar kesempurnaan itu tidak dicacati dengan benda-benda kecil ini.” Amir lembut menjawab.

“Apa ye dua tiga benda itu?” Ahmad merasa seperti berharga dirinya dipuji sedemikian, cuma bahagian akhir yang disebutkan Amir itu membuatkan dirinya ingin mengetahui apakah boleh dirinya diperbaiki lagi.

“Ala, simple je benda ni. Aku perhati, kamu bila sudah selesai masak, kamu sangat jarang membasuh terus pinggan yang kamu guna, pasti kamu akan biarkan dahulu di dalam bilik air itu. Walaupun aku tahu bukan sengaja kamu untuk biarkan lama-lama, tapi ada baiknya jika selepas sahaja kamu usai makan, kamu basuh semua sekali yang kamu guna. Jika kamu boleh perbaiki yang ini, aku sudah tiada komen untuk kamu. Kamu boleh dikatakan sempurna. ” Amir menghabiskan kata-katanya dengan senyuman.

Niat asalnya untuk menegur sikap Ahmad terasa sudah tercapai maksudnya.  Ahmad pula dari reaksi wajahnya yang tersenyum, menggambarkan bahawa dia tidak berkecil hati dengan teguran rakannya itu. Dia rasa dihargai oleh Amir, penghargaan yang diberikan oleh Amir sebelum menasihatinya, membuatkan nasihat yang diberikan padanya cukup dekat di hatinya.

Di dalam hati, Ahmad berazam agar dirinya boleh memperbaiki sikapnya itu.

——————————————————————

Dua keadaan dalam menasihati seorang kawan. Yang mana menjadi pilihan anda?

« Older entries